Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

COVID-19: Dua kes Omicron XBB dikesan di Sarawak

KUCHING, 3 Nov: Dua kes COVID-19 subvarian Omicron XBB telah dikesan melibatkan seorang pengembara yang memegang pasport Amerika Syarikat dan seorang individu yang baru pulang mengerjakan umrah.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata perkara itu dimaklumkan oleh Pengarah Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti, Universiti Malaysia Sarawak Prof Dr David Perera kepada beliau hari ini.

“Mereka dikesan daripada sampel kes positif yang dikumpulkan pada awal bulan lepas. Institut berkenaan melakukan penjujukan ke atas sekumpulan sampel lain yang dikumpulkan pada bulan sama dan dijangka mengesan lebih banyak kes,” katanya dalam kenyataan di sini.

Uggah berkata mengikut laporan Dr Perera, varian itu berkemungkinan menular sejak awal bulan lepas.

“Institut ini telah mengesan varian SARS-CoV-2 yang merebak di negeri ini sebagai sebahagian daripada program pengawasan di peringkat nasional,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan