Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Raphael Engkayau mematah batang rokok sebagai simbolik pelupusan barang kes yang dirampas di bawah Peraturan-Peraturan Hasil Tembakau 2004. Foto TVS.

3,023 karton rokok seludup bernilai RM81,470 dirampas

SERIAN, 3 Nov : Unit Inspektorat dan Perundangan, Pejabat Kesihatan Bahagian Serian merampas 3,023 karton rokok seludup bernilai RM81,470 dalam tempoh sebulan pada September lalu.

Ketua Seksyen Inspektorat dan Perundangan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Raphael Engkayau berkata, rampasan itu dilakukan dengan waran menggeledah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Kota Samarahan.

“Peniaga yang didapati menjual dan memiliki hasil tembakau tidak dicetak set teks dan amaran kesihatan pada peket dan karton rokok terbabit boleh disabit kesalahan di bawah Peraturan 15 (4A) Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004.

“Pemilik premis yang melakukan kesalahan menjual rokok seludup ini telah dihadapkan di mahkamah untuk  dibicarakan dan telah disabitkan kesalahan dan denda sebanyak RM5,000,” katanya ketika mengadakan sidang media di Pejabat Kesihatan Bahagian Serian hari ini.

Raphael berkata, arahan untuk melupuskan kesemua barang kes tersebut telah pun diperoleh dari Mahkamah Majistret Serian setelah tempoh rayuan 14 hari tamat selepas sabitan hukuman terhadap tertuduh dijatuhkan.

“Kita mengingatkan peniaga supaya tidak menjual rokok yang tidak mematuhi peruntukan undang-undang di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan