Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mohd Najib Taip, Peniaga Pasar Tamu Lawas. Foto Odleen Catherny (TVS)

Tarik kedatangan pelancong ke Lawas

ByOdleen Catherny

LAWAS, 4 Nov : Keunikan yang ada di Lawas yang datangnya bukan sahaja dari segi makanan, kraf tangan dan budaya membuatkan penduduknya dahagakan kedatangan pelancong dari seluruh pelosok dunia.

Tinjauan TVS hari ini mendapati rata-rata penduduk Lawas mahu melihat bandar itu dikunjungi dan dimeriahkan oleh lebih ramai pelancong.

Menurut Lipang Babut,72, yang ditemui, untuk memudahkan kemasukan pelancong ke kawasan itu katanya, Lapangan Terbang Lawas hendaklah dinaik taraf.

“Semoga Lapangan Terbang Lawas yang bakal dibina di lokasi baharu siap dalam tempoh yang telah ditetapkan,kehadiran pengunjung yang ramai juga akan mampu meningkatkan pendapatan penduduk setempat menerusi aktiviti jual beli.

Sementara itu bagi Mohd Najib Taip, 34, dia mahu pelbagai program diwujudkan di kawasan itu agar ia mampu menarik lebih ramai pengunjung datang.

“Kalau boleh juga kos pergerakan dari Limbang untuk masuk ke Lawas diharap boleh dikurangkan agar pengunjung tidak terbeban,” katanya.

Lawas terkenal dengan produk Ikan Tahai, Garam Bukit, Epal Ba’Kelalan, Pantai Punang, Taman Eko Air Terjun Penawan, Merarap Hotspring, Long Lidung Tagang dan Menangang Palace. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan