Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Willie Mongin. Foto: Facebook Willie Mongin.

Willie Mongin kini sah kibar panji GPS di Puncak Borneo

ByNazirah Adlina

KUCHING, 3 Nov: Setelah pelbagai spekulasi mengenai calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) di kerusi Parlimen Puncak Borneo, hari ini Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Willie Mongin sah sebagai calon apabila menerima watikah untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Selepas menerima watikah calon daripada Pengerusi GPS Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di ibu pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), bekas Ahli Parlimen Puncak Borneo itu menggesa agar jentera GPS bersatu-padu dan bekerjasama demi memastikan kemenangan.

“Saya gesa semua jentera ketepikan pandangan berlainan ke tepi dan menumpukan kepada perpaduan jentera pilihan raya kita,” katanya ketika ditemui pada majlis berkenaan.

Pada PRU-14, Willie memenangi kerusi Parlimen Puncak Borneo ketika bertanding mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR). Beliau menyertai PBB pada Ogos 2022.

Willie turut menyatakan penghargaan kepada Abang Johari serta semua kepimpinan tertinggi GPS kerana memberi peluang baginya untuk bertanding di kerusi Parlimen Puncak Borneo.

“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana mereka telah memberi peluang dan ruang untuk saya mengibarkan bendera PBB, GPS di Puncak Borneo dan kali ini saya bertanding di atas tiket GPS,” ujarnya.

Dalam pada itu beliau turut menzahirkan penghargaannya kepada Ahli Dewan Undangan Negeri yang berada di bawah Parlimen Puncak Borneo iaitu, Dewan Undangan Negeri (DUN) Serembu Miro Simuh, Datuk Jerip Susil (Mambong) dan Datuk Roland Sagah Wee Inn (Tarat). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan