Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama pemimpin-pemimpin GPS pada majlis penyerahan watikah calon PRU-15 di Kuching, hari ini.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama pemimpin-pemimpin GPS yang lain pada Majlis Penyerahan Watikah Calon-Calon GPS di Kuching, hari ini.

PRU-15: Senarai calon GPS di 31 kerusi parlimen, 14 muka baharu

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan menampilkan 31 calon-calon pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pengerusi GPS Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan senarai calon di ibu pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini, hari ini.

Berikut ialah senarai penuh calon-calon GPS.

  • P.192 Mas Gading (Lidang Disen) *
  • P.193 Santubong (Dato Sri Nancy Shukri)
  • P.194 Petra Jaya (Dato Sri Fadillah Yusof)
  • P.195 Bandar Kuching (Tay Tze Kok) *
  • P.196 Stampin (Lo Khere Chiang) *
  • P.197 Kota Samarahan (Datuk Rubiah Wang)
  • P.198 Puncak Borneo (Datuk Willie Mongin)
  • P.199 Serian (Dato Sri Richard Riot Jaem)
  • P.200 Batang Sadong (Rodiyah Sapiee) *
  • P.201 Batang Lupar (Mohamad Shafizan Kepli) *
  • P.202 Sri Aman (Dato’ Sri Doris Sophia Brodie) *
  • P.203 Lubok Antu (Roy Angau Gingkoi) *
  • P.204 Betong (Dr Richard Rapu @ Aman Begri) *
  • P.205 Saratok (Giendam Jonathan Tait) *
  • P.206 Tanjong Manis (Ir Yusuf Abd Wahab)
  • P.207 Igan (Ahmad Johnie Zawawi)
  • P.208 Sarikei (Dato Sri Huang Tiong Sii) *
  • P.209 Julau (Datuk Joseph Salang Gandum)
  • P.210 Kanowit (Datuk Ago Dagang)
  • P.211 Lanang (Wong Ching Yong) *
  • P.212 Sibu (Clarence Ting Horh) *
  • P.213 Mukah (Dato Hanifah Hajar Taib)
  • P.214 Selangau (Edwin Banta) *
  • P.215 Kapit (Dato Sri Alexander Nanta Linggi)
  • P.216 Hulu Rajang (Datuk Wilson Ugak Kumbong)
  • P.217 Bintulu (Dato Sri Tiong King Sing)
  • P.218 Sibuti (Lukanisman Awang Sauni)
  • P.219 Miri (Jeffery Phang Siaw Foong) *
  • P.220 Baram (Dato Anyi Ngau)
  • P.221 Limbang (Datuk Hasbi Habibollah)
  • P.222 Lawas (Dato Henry Sum Agong)

GPS menampilkan 14 calon muka baharu seperti yang bertanda (*) pada senarai.

GPS dianggotai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).

Abang Johari pada sidang media berkata Setiausaha Agung GPS Dato Sri Alexander Nanta Linggi dan Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof, masing-masing akan mempertahankan kerusi Kapit dan Petra Jaya.

Naib Ketua Wanita PBB Dato Sri Nancy Shukri pula akan bertukar kerusi daripada Parlimen Batang Sadong ke Parlimen Santubong bagi menggantikan Dato’ Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Selain itu, turut diumumkan adalah Presiden PRS Datuk Joseph Salang Gandum yang dicalonkan semula bertanding di Julau, Presiden PDP Dato Sri Tiong King Sing pula akan mempertahankan kerusinya di Bintulu manakala Datuk Willie Mongin diumum mempertahankan kerusi Puncak Borneo.

“Calon yang dikemukakan GPS ini datang daripada mereka yang berpengalaman, berumur pertengahan dan juga calon muda,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRU15 pada 19 Nov, penamaan calon 5 Nov dan pengundian awal pada 15 Nov.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan