Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan 14 muka baharu calon GPS hari ini. : TVS

PRU-15: GPS pertaruh 14 muka baharu

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 3 Nov: Gabungan Parti Sarawak (GPS) mempertaruhkan 14 muka baharu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini.

Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan senarai 31 calon-calon parti itu di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini, hari ini. 

Antara calon muka baharu ialah Lidang Disen untuk kawasan Parlimen Mas Gading, Tay Tze Kok (Bandar Kuching) Rodiyah Sapiee (Batang Sadong), Mohamad Shafizan Kepli (Batang Lupar) dan bekas Timbalan Speaker Dewan Negara Dato’ Sri Doris Sophia Brodie (Sri Aman).

Turut dicalonkan pada majlis penyerahan watikah calon GPS itu ialah Roy Angau Gingkoi (Lubok Antu) dan Dr. Richard Rapu@Aman Begri (Betong), Lo Khere Chiang (Stampin) dan Dato Sri Huang Tiong Sii (Sarikei)

Bagi kerusi Parlimen Saratok muka baharu yang dipertaruhkan ialah Giendam Jonathan Tait, Wong Ching Yong (Lanang) serta Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu, Clarence Ting Ing Horh@Ting Ing Ho (Sibu), Jeffery Phang Siaw Foong (Miri) dan Edwin Banta (Selangau).

Muka baharu ini telah melengkapi 19 penyandang lain yang akan melaksanakan misi memenangi 31kerusi Parlimen GPS. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan