Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Sri Huang Tiong Sii

PRU-15: Tiong Sii tekad bantu kemenangan GPS di Parlimen Sarikei

BySuara Sarawak

SARIKEI, 2 Nov: Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Sarikei Datuk Sri Huang Tiong Sii menyatakan pendirian untuk memberikan sokongan padu kepada calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang bakal bertanding Parlimen Sarikei.

ADUN Repok itu menegaskan, SUPP Sarikei kini sudah bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dan akan bekerjasama bagi membolehkan GPS meraih kemenangan besar.

“Kita akan berusaha keras untuk memastikan calon GPS mendapat kejayaan cemerlang. Tidak kira siapa pun calon SUPP, kita akan pastikan beliau boleh menang di kerusi ini.

“Kemenangan besar ini amat penting bagi memastikan agenda pembangunan yang kita rancang dapat berjalan dengan sempurna selain membolehkan suara rakyat Sarikei kedengaran di peringkat Parlimen,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut memuji Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sebagai seorang pemimpin berpandangan jauh dan komited membangunkan Sarikei melalui pelbagai projek pembangunan yang memberi manfaat kepada rakyat.

Malah Tiong Sii optimis, rakyat mempunyai keyakinan tinggi terhadap GPS yang mampu membela dan mempertahankan hak mereka.

“Justeru, kita akan memastikan persiapan dari segenap sudut bagi memastikan Parlimen Sarikei menjadi milik GPS,” katanya.

Terdahulu beliau mengadakan sesi perjumpaan bersama-sama Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) dan Ahli Jawatankuasa SUPP cawangan Sarikei. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan