Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pelangi Foodkiosk yang terletak di Jalan Kampung Nangka. Foto: Madeline Dugat (TVS)

Pelangi FoodKiosk jana pendapatan peniaga kecil

ByMadeline Dugat

SIBU, 2 Nov: Pelangi Foodkiosk yang terletak di Jalan Kampung Nangka di sini, banyak beri manfaat kepada peniaga kecil dalam menjana pendapatan mereka.

Kemudahan yang terdapat di Kampung Nangka merupakan inisiatif Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr Annuar Rapaee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Nangka, bagi membantu peniaga meningkatkan ekonomi, selain menyediakan tempat perniagaan yang mesra pengguna.

Terdapat 17 kiosk yang berwarna-warni menyajikan pelbagai variasi makanan dan minuman untuk pengunjung, walaupun baru beroperasi dua tahun, namun Pelangi Foodkiosk ini telah menjadi tumpuan orang ramai termasuk pengunjung dari luar kawasan Sibu.

Peniaga, Mohd Dzulbahrin, 22, yang juga bekerja sambilan di restoran makanan segera menyatakan rasa syukur diberi kemudahan menjalankan perniagaan di kiosk tersebut.

“Alhamdulillah, kami ucapkan terima kasih kepada kerajaan yang telah menyediakan kiosk ini kerana ia membantu kami meningkatkan ekonomi selain mengembangkan kemahiran dalam bidang masakan.

“Ia juga membantu menstabilkan kewangan kami dan amat memerlukan bagi kami yang sambil bekerja dan meniaga buat masa ini,“ katanya.

Katanya, sambutan juga amat memberansangkan daripada pengunjung terutama pada hujung minggu.

“Sambutan memang bagus sebab di sini peniaga kiosk dan pihak berkaitan pandai melakukan promosi untuk menarik pengunjung, merancang untuk membuat ‘busking’ di sini, jadi pelanggan akan sentiasa ada,” katanya.

Sementara itu, Siti Ramizah berharap agar lebih banyak kiosk dibuka untuk membantu golongan peniaga.

“Perbanyakkan lagi (kiosk) sebab kebanyakan ramai yang belum dapat berjual seperti kami. Ada sesetengah dari mereka menghantar kuih di sini kerana tiada tempat berniaga,” katanya.

Dalam pada itu, Mohammad Khairuddin bersyukur kerana mereka diberi tempat berniaga secara percuma dan hanya perlu membayar bil air dan api yang sedikit sebanyak membantu meringankan beban peniaga kecil.

Malah katanya, melalui aplikasi platform digital seperti Sarawak Pay, Boost dan Touch n Go memudahkan urusan peniaga untuk memantau transaksi perniagaan.

“Sekarang lebih mudah , kita ada platform baru iaitu cashless, seperti yang anda nampak di atas, pengunjung tidak perlu membawa duit, hanya perlu membawa telefon dan boleh scan saja,” katanya.

Seorang pengunjung, Sha Pakta berharap Kiosk Pelangi akan dikekalkan agar menjadi tempat tarikan pengujung.

“Harapan saya semoga tempat ini dikekalkan dan diperbesarkan bagi menyediakan kemudahan kepada oang ramai,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan