Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Senarai peserta Getaran Jiwa minggu ketiga.

Lapan lagi peserta berentap pada episod ketiga Getaran Jiwa

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 2 Nov: Getaran Jiwa kembali untuk episod ketiga pada Jumaat (4 Nov) malam dengan menampilkan lapan lagi peserta.

Program realiti nyanyian terbitan TVS itu, akan memilih dua lagi peserta untuk bertanding di peringkat separuh akhir.

Enam peserta dari Sarawak yang bakal bersaing ialah Maxwell Syawal yang akan mendendangkan lagu Jeritan Batinku, Najiha (Kasihnya Ibu), Nora James (Saat Yang Bahagia), Zulrasit (Tunggu Sekejap), S.Zainal (Taman Firdausi) dan Isa (Senandung Malam).

Aruel Ariel dari Selangor bakal mendendangkan lagu Putus Sudah Kasih Sayang dan Santiana Ramli dari Sabah dengan lagunya Tiru Macam Saya.

Konsert Getaran Jiwa yang membawa kembali nostalgia Tan Sri P.Ramlee dan Allahyarhamah Puan Sri Saloma bakal berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Bintawa.

Dewan dibuka seawal 7 malam dan penonton juga boleh menyaksikan di kaca TV menerusi TVS saluran 122 Astro dan MYTV pada pukul 8.45 malam.

Menerusi episod kedua pada minggu lepas, Suili George dan Mady Spuan menempa tiket ke peringkat separuh akhir.

Menerusi episod pertama, Sam Dean dan Izwan Dahlan berjaya melayakkan diri ke pentas separuh akhir.

Seperti biasa, penyanyi Sissy Iman dan Jiggy Masin bertindak sebagai pengacara, manakala penyanyi terkenal tanah air, Dato Nash sebagai ketua juri dan penyanyi terkenal Sarawak Norafizah Busman sebagai juri tetap.

Pada minggu ini, penyanyi lagu Irama Malaysia Noraniza Idris bakal tampil di Konsert Getaran Jiwa sebagai juri jemputan.

Pentas final pula akan berlangsung di DeTAR Putra, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Juara akan membawa pulang RM30,000 diikuti RM20,000 untuk naib juara dan RM10,000 untuk tempat ketiga. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan