Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Nalgae antara taufan paling kuat yang melanda Filipina, mencetuskan banjir kilat dan tanah runtuh di banyak bahagian di negara Asia Tenggara itu. Foto Bernama.

Filipina: Jumlah kematian akibat ribut tropika Nalgae meningkat kepada 132 orang

ByBernama

MANILA, 1 Nov: Sekurang-kurangnya 132 orang maut dalam ribut tropika Nalgae yang melanda Filipina pada hujung minggu, menurut kerajaan pada Selasa.

Nalgae antara taufan paling kuat yang melanda Filipina, mencetuskan banjir kilat dan tanah runtuh di banyak bahagian di negara Asia Tenggara itu.

Pejabat Pertahanan Awam melaporkan 132 kematian direkodkan setakat Isnin, menurut Xinhua.

Majlis Pengurangan dan Pengurusan Risiko Bencana Negara mencatatkan 110 kematian dengan 79 sudah disahkan manakala identiti 31 lagi masih dalam pengesahan.

Daripada 33 yang dilaporkan hilang, agensi itu mengesahkan identiti 23 orang manakala 10 yang lain masih dalam siasatan.

Agensi itu berkata 59 kematian berlaku di Wilayah Autonomi Islam Bangsamoro di Mindanao (BARMM) di selatan Filipina. Sekurang-kurangnya 16 masih hilang.

Selebihnya adalah dari sembilan wilayah di pulau utama Luzon, di tengah Filipina dan kawasan lain di pulau Mindanao di selatan Filipina di luar BARMM.

Ribut tropika itu menjejaskan lebih 2.4 juta orang, merosakkan 364 jalan dan 82 jambatan selain menyebabkan bekalan elektrik terputus di banyak kawasan.

Nalgae ialah taufan tropika ke-16 yang melanda Filipina tahun ini. Taufan itu melanda Catanduanes, sebuah wilayah kepulauan di wilayah Bicol, sebelum subuh Sabtu.

Filipina adalah negara paling terdedah kepada bencana di seluruh dunia kerana lokasinya di Lingkaran Api Pasifik dan Lingkaran taufan Pasifik. Secara purata, negara kepulauan itu mengalami 20 taufan setiap tahun, beberapa daripadanya kuat dan merosakkan.

Pada April, ribut tropika Megi menurunkan hujan di bahagian tengah dan selatan Filipina, membanjiri banyak kawasan dan menyebabkan tanah runtuh dengan lebih 220 kematian dilaporkan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan