Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pohon durian yang rebah dan menghempap sebuah kediaman di Jalan Mohd Undan, Kampung Melayu Lubok Antu, semalam. Foto: JBPM Sarawak

Pokok durian 24 kaki hempap rumah

BySuara Sarawak

LUBOK ANTU, 31 Okt: Pohon durian setinggi 24 kaki yang rebah dan menghempap sebuah kediaman di Jalan Mohd Undan, Kampung Melayu dekat sini berjaya dialihkan.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Betong Henry Jugah memberitahu, pihaknya dimaklumkan oleh pengadu, Faridah Abdullah tentang insiden kira-kira 9.39 pagi.

“Lalu tujuh anggota pasukan Bravo diketuai Abang Jamadilhir Abang Mostafa digegaskan ke lokasi dan sebaik tiba, didapati pohon durian menghempap bumbung rumah,” katanya dihubungi lanjut, semalam.

Jelasnya, operasi terus dijalankan menggunakan tali penyelamat bagi mengikat pokok tersebut agar dapat ditarik, dan satu unit gergaji berantai digunakan untuk memotong.

“Selepas 31 minit, pohon durian tersebut berjaya dialihkan dengan selamat,” ujarnya.

Terdahulu kata Henry, Faridah yang bimbang keselamatan keluarganya tidak teragak-agak meminta bantuan bomba.

Beliau mengingatkan orang ramai agar peka dengan keadaan sekeliling kerana selain banjir, musim tengkujuh yang melanda turut mengundang risiko lain seperti kejadian pokok tumbang.

“Mungkin kes sebegini kurang berlaku menyebabkannya tidak begitu diendahkan.

Namun, harus diingat keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini mungkin menyebabkan ada pokok berhampiran kediaman yang mengundang bahaya.

“Justeru, amat penting keadaan dinilai.

Jika dirasakan bahaya, tebang awal supaya tidak mengundang insiden lebih buruk seperti menimpa rumah.

Malang tidak berbau,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan