Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menurut Abang Johari, Wan Junaidi memberitahu bahawa beliau mahu menumpukan kepada perkara lain. Foto: Akma (TVS)

Saya belum beri keputusan permintaan Wan Junaidi, kata Abang Johari

ByAkma Salleh

KUCHING, 30 Okt : Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengesahkan yang Dato Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar memaklumkan tidak mahu bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke -15 (PRU-15) ini.

Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu berkata, perkara berkenaan telah dimaklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang – Undang) itu kepadanya.

Ujar Abang Johari, Wan Junaidi memberitahu, beliau mahu menumpukan kepada perkara lain.

“Bagaimanapun saya belum memberi keputusan berhubung permintaannya,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas hadir Majlis Pelancaran Jentera Wanita GPS PRU-15, di Pusat Konvensyen Penview Demak, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Yang Dipertua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Ketua Wanita PBB, Dato Sri Fatimah Abdullah.

Terdahulu, Wan Junaidi berkata, beliau menyerahkan kepada Abang Johari dan PBB untuk menentukan kedudukannya sebagai calon kerusi Parlimen Santubong pada PRU-15 ini.

Pada PRU-14, Wan Junaidi menang kerusi berkenaan dengan majoriti 19,485 undi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan