Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berpendapat, PKR akan menempuh laluan sukar pada PRU-15 ini di Sarawak. Foto TVS.

PKR tiada ketua yang baik di Sarawak – Abdul Karim

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 30 Okt : Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilihat tidak mempunyai struktur kepimpinan yang kukuh di Sarawak dan diramal bakal berdepan laluan sukar pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini, kata Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Beliau yang juga Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata, perkara itu telah terbukti pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) Sarawak tahun lepas.

Katanya, PKR meletakkan ramai calon pada PRN-12 namun kesemuanya ditolak oleh pengundi.

“Bukanlah (saya) sombong (berkata begini) namun hakikatnya, saya tidak dapat melihat PKR boleh pergi jauh kerana mereka tidak mempunyai ketua yang baik, sama ada di Semenanjung Malaysia malah di Sarawak sangat ketara (tiada ketua yang baik),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir Konsert Kuching Jazz 2022, di Tebingan Sungai Sarawak, di sini malam tadi.

Abdul Karim yang juga Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak menambah, ramai pemimpin PKR pernah bertanding sebelum ini, namun gagal mendapatkan sokongan rakyat.

“Lama-kelamaan, ‘mereka (PKR) akan mati dengan perlahan – lahan sebagai sebuah parti politik,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan