Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Beregu badminton wanita utama negara Pearly Tan-M Thinaah menjadi satu-satunya wakil negara yang berjaya mara ke pusingan separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Perancis 2022. Foto: Bernama.

Terbuka Perancis: Pearly-Thinaah mara ke separuh akhir

ByBernama

KUALA LUMPUR, 29 Okt : Beregu badminton wanita utama negara Pearly Tan-M Thinaah menjadi satu-satunya wakil negara yang berjaya mara ke pusingan separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Perancis 2022.

Pada perlawanan suku akhir yang berlangsung di Stade Pierre de Coubertin, Paris semalam menyaksikan pasangan di kedudukan ke-11 dunia itu mencipta sensasi apabila menundukkan pasangan di kedudukan ketiga dunia dari Jepun Nami Matsuyama-Chiharu Shida 15-21, 21-14,21-14.

Gandingan berkenaan dijadual bertemu pasangan Korea Selatan Baek Ha Na-Lee So Hee yang telah menumpaskan pasangan China Chen Qi Chen-Jia Yi Fan dalam satu lagi perlawanan bagi menempah slot ke perlawanan akhir.

Baca artikel berkaitan:

  1. 1. Terbuka Perancis: Pearly-Thinaah singkir juara Terbuka Malaysia
  2. 2. Terbuka Perancis: Pearly-Thinaah mara ke suku akhir

Sementara itu, satu lagi pasangan beregu campuran negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi gagal melangkah ke pusingan seterusnya apabila tewas kepada pasangan lebih rendah kedudukannya dari Korea Selatan Choi Sol Gyu-Kim Won Ho.

Pasangan di kedudukan ke-11 dunia itu menewaskan Yew Sin yang merupakan pilihan kelapan kejohanan dan pasangannya Ee Yi 21-18,21-18 dalam perlawanan yang berlangsung selama 43 minit petang tadi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan