Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Noryn Aziz menyampaikan lima buah lagu pada konsert hari pertama Kuching Jazz 2022 di sini malam tadi. Foto Mohd Raffiq (TVS).

Konsert malam pertama Kuching Jazz 2022 meriah

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 29 Okt : Konsert hari pertama Kuching Jazz 2022 berlangsung meriah di Tebingan Sungai Kuching malam tadi.

Festival bertaraf antarabangsa itu menyaksikan penyanyi jazz popular Malaysia, Noryn Aziz tampil membuat persembahan memukau menerusi lima buah lagu.

Artis berasal dari Miri, Sarawak, Ta’dan juga diberikan peluang menghiburkan ratusan penonton yang hadir.

Selain itu, penyanyi luar negara termasuk Hendri Rotinsulu with Jazmint Band dari Indonesia, Phum Viphurit (Thailand) dan Freyja Garbett Quartet (Australia) merupakan antara senarai artis luar yang membuat persembahan.

Turut hadir menyaksikan persembahan ialah Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak berkata, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Fazzrudin Abdul Rahman yang turut menonton konsert berkenaan berkata, aktiviti pelancongan di Sarawak kini semakin pulih.

“Pelancongan di Sarawak sudah mula meningkat.

“Ini baik untuk sektor perhotelan dan industri berkaitan malah turut memberi semangat positif kepada peniaga kecil,”katanya kepada TVS.

Fazzrudin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong menambah, penganjuran program sedemikian perlu diteruskan pada masa hadapan kerana ianya turut memberi impak yang besar kepada industri-industri lain di Sarawak.

“Kita berharap lebih banyak lagi program-program bersifat antarabangsa dianjurkan di Kuching ataupun di Sarawak,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan