Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Azeman Akel ketika ditemui TVS pada Khamis. Foto: TVS

“Laman Minda Sihat” wujud persekitaran sejahtera warga SK Abang Haji Matahir

SARIKEI, 27 Okt : Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Haji Matahir Sarikei, mewujudkan laman minda sihat sebagai salah satu pendekatan bagi membudayakan amalan hidup sihat dalam kalangan warga sekolah itu.

Guru Besarnya, Azeman Akel berkata ia merupakan inovasi bagi menyediakan satu ruang yang kondusif untuk rawatan kendiri (Self-Care) kepada semua warga sekolah dengan bertemakan relaksasi minda atau ‘Garden of Happiness’.

“Jadi dengan adanya laman minda sihat ini nanti, kita berharap kadar stres dalam kalangan anak didik ini akan menurun.

“Jika kadar stres ini meningkat sama ada dalam kalangan anak didik atau dalam kalangan warga sekolah maka sudah pastinya akan mengganggu kepada proses pengajaran dan pembelajaran, iaitu anak-anak didik ini untuk mengikuti dan mendapatkan pendidikan di sekolah,” katanya ketika ditemui TVS pada Khamis.

Tambahnya lagi objektif laman minda tersebut juga bagi menyalurkan maklumat psikopendidikan berkaitan kesejahteraan mental di samping menggunakan medium kreatif dan segar.

Pada masa sama, ia mencungkil bakat dan mempromosikan amalan gaya hidup sihat selain meningkatkan kemahiran daya tindak murid dalam mengendalikan emosi melalui beberapa stesen yang disediakan di sekitar sekolah.

“Jadi di dalam laman minda ini, kami ada menyediakan satu stesen yang mana anak-anak didik nanti, akan boleh menyuarakan pandangan, rasa dan pendapat mereka berkaitan dengan laman minda sihat ini sama ada sebelum mereka melalui stesen ini atau sesudah mereka melalui stesen ini,” katanya lagi.

Kini pendekatan itu bukan sahaja mewujudkan persekitaran sihat tetapi juga menyediakan suasana pembelajaran yang lebih selamat dan kondusif.

Azeman menambah, program melibatkan penyertaan secara bersepadu seluruh warga sekolah termasuk guru, kakitangan sokongan dan persatuan ibu bapa dan guru. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan