Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr Jerip Susil dan Lim Chiew Shan ketika melancarkan airasia ride di Kuching, hari ini. Foto Madeline Dugat.

AirAsia lancar ‘e-hailing’ airasia ride, buka peluang pekerjaan

ByMadeline Dugat

KUCHING, 27 Okt: Dengan adanya airasia ride, perkhidmatan e-hailing AirAsia di bandar raya ini, peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan kian bertambah.

Sambil mengalu-alukan usaha AirAsia, Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin berkata kewujudannya juga akan memberi lebih banyak pilihan perkhidmatan e-hailing.

“Saya dimaklumkan 85 peratus daripada tambang perjalanan akan diberikan terus kepada pemandu. airasia ride juga menyediakan pemandu dengan KWSP, SOSCO, perlindungan insurans dengan gaji lebih baik dan pekerjaan stabil,” katanya.

Beliau berkata demikian di dalam teks ucapannya yang dibaca Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Dr Jerip Susil selepas pelancaran airasia ride di Mahkamah Lama Kuching, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Dr Jerip mengucapkan tahniah kepada pasukan Airasia Super App atas pelancaran airaasia ride di Sarawak dan perluasan operasi mereka ke seluruh Malaysia.

“AirAsia sentiasa menjadi pemain penting dalam menyokong sektor pelancongan Sarawak sejak penubuhannya pada 2001 dan terutamanya ketika pasca pandemik.

Beliau berharap pelancong dan pemandu e-hailing akan mendapat banyak manfaat daripada perkhidmatan AirAsia Super Apps, sekali gus merancakkan lagi industri pelancongan di Sarawak.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Serantau Airasia Ride, Lim Chiew Shan berterima kasih di atas sokongan kerajaan Sarawak dengan pelancaran airasia ride.

Pemandu sepenuh masa akan memperoleh pendapatan bulanan RM2,500 sehingga RM3,500 termasuk faedah bahan api dan peluang memperoleh pendapatan sehingga RM8,000 dengan skim insentif pemandu tambahan.

Selain itu, pemandu layak mencarum dalam KWSP, PERKESO, perlindungan perubatan yang melindungi pasangan dan anak mereka, cuti tahunan dan faedah perjalanan lain seperti kadar diskaun penerbangan AirAsia.

airasia ride yang ditubuh pada Ogos 2021 kini mempunyai 53, 000 pemandu berdaftar.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan