Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pegawai perubatan, Megat Fakhri Kamaruzaman, 31, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan bersubahat menipu bagi pembelian perkakas perubatan antara Julai 2020 hingga Mei tahun lalu. Foto TVS.

Doktor di Jabatan Orthopedik didakwa bersubahat menipu 

BUTTERWORTH, 27 Okt : Seorang pegawai perubatan di Jabatan Orthopedik dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas lima pertuduhan bersubahat menipu membabitkan pembekalan peralatan perubatan bernilai RM16,875 pada tahun lalu.
 
Tertuduh, Megat Fakhri Kamaruzaman, 31, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.
 
Mengikut empat pertuduhan, Megat Fakhri didakwa bersubahat dengan pemilik perniagaan Sri Persada Megah Enterprise, N. Sarrvesh untuk menipu empat kakitangan di Pusat Rehabilitasi PERKESO Sdn. Bhd.
 
Tertuduh didakwa memperakui pembayaran kepada syarikat itu untuk membekal dan pemasangan External Fixator bagi Jabatan Orthopedik Hospital Seberang Jaya (HSJ) berjumlah RM11,880.
 
Manakala, bagi satu pertuduhan, dia didakwa atas pertuduhan bersubahat dengan pemilik perniagaan Perintis Medfix Enterprise, K. Khirubakaran untuk menipu seorang doktor bagi memperakui pembayaran pembelian implan Total Hip Arthroplasty bagi jabatan sama sebanyak RM4,995.
 
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Jabatan Orthopedik, HSJ di sini antara Julai 2020 hingga Mei tahun lalu.
 
Megat Fakhri didakwa melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 109 Kanun Keseksaan.
 
Jika sabit kesalahan dia boleh dipenjara sehingga lima tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya.
 
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Azlan Basri dan Abd. Muntaqin Abdul Aziz.
 
Tertuduh diwakili peguam, Muhaimin Hashim dan M. Puveneswaran.
 
Kes akan disebut semula 29 November depan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan