Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Fadillah Yusof (tengah) ketika melawat tapak projek Hospital Pengajar UNIMAS di Kota Samarahan, hari ini. Foto: FB Fadillah Yusof

Projek pembinaan Hospital Pengajar UNIMAS mendahului jadual

ByHafeezzur Muzamir

KOTA SAMARAHAN, 26 Okt: Projek pembinaan Hospital Pengajar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di sini mendahalui jadual, kata Menteri Kanan Kerja Raya Dato Sri Fadillah Yusof.

Menurutnya, jika boleh disiapkan menjelang Mei 2023 ia dapat memberi manfaat bukan sahaja kepada pelajar perubatan UNIMAS tetapi juga penduduk di sekitar. 

“Kalau ikut kontrak sepatutnya fasa 1 iaitu Pusat Kesihatan Premier siap pada September 2023, cuma pihak UNIMAS mengharapkan ia dapat disiapkan awal iaitu pada Mei tahun depan termasuk dengan pembinaan klinik kesihatan.

“Pagi tadi saya telah berbincang dengan kontraktor dan juga Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk melihat bagaimana kita dapat capai matlamat untuk siapkannya pada Mei,” katanya ketika lawatan ke tapak projek berkenaan, hari ini.

Sebelum itu, beliau menyampaikan PerantiSiswa Keluarga Malaysia di UNIMAS.

Menurutnya lagi, sasaran itu dapat dicapai memandangkan beberapa permasalahan dihadapi projek sebelum ini antaranya kekurangan tenaga kerja dan masalah bahan binaan telah selesai.

Projek yang bermula pada 2021 dengan kos RM480 juta melibatkan dua pembinaan termasuk Pusat Kesihatan Prima yang kini sudah mencapai 70 peratus kemajuan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan