Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Suvarnabhumi International Airport (BKK). Foto: Reuters.

Thailand mula saring penumpang dari negara Afrika kesan Ebola

ByBernama

BANGKOK, 26 Okt : Thailand meningkatkan saringan ke atas pelawat yang tiba dari negara Afrika terutama Uganda, di Lapangan Terbang Suvarnabhumi berikutan wabak terbaru Ebola, menurut pemangku Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit Dr. Tares Krassanairawiwong pada Selasa.

“Saringan ke atas penumpang merupakan langkah berjaga-jaga bagi mengelak penularan penyakit itu di Thailand,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata pelawat dari negara Afrika dalam tempoh 21 hari lepas dikehendaki menjalani saringan dan mendaftar diri semasa ketibaan di lapangan terbang.

Ebola merebak melalui sentuhan langsung dengan cecair badan orang yang dijangkiti serta permukaan serta bahan yang tercemar. Gejala termasuk demam, muntah, cirit-birit, sakit otot dan pendarahan dalaman dan luaran.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), tempoh inkubasi iaitu bermula jangkitan virus sehingga muncul gejala adalah mulai hari kedua hingga 21 hari. Seseorang yang dijangkiti Ebola tidak menyebarkan penyakit itu sehinggalah mereka bergejala.

Pada Isnin, kementerian kesihatan Uganda berkata secara keseluruhannya terdapat 90 kes yang disahkan dengan 28 kematian. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan