Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Terbuka Perancis: Pearly-Thinaah singkir juara Terbuka Malaysia

ByBernama

KUALA LUMPUR, 26 Okt : Beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M. Thinaah melakar kejutan apabila menyingkirkan juara bertahan Terbuka Malaysia, Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti dari Indonesia pada pusingan pembukaan Terbuka Perancis 2022, pada Selasa.

Pearly-Thinaah yang merupakan pasangan bukan pilihan menumpaskan beregu pilihan ketujuh itu, 22-20, 19-21, 21-7 dalam pertarungan rubber set selama 74 minit yang diadakan di Stade Pierre de Coubertin, Paris.

Pasangan Malaysia yang menduduki ranking ke-11 dunia itu seterusnya akan berdepan satu lagi gandingan Indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma-Amalia Cahaya Pratiwi, yang menewaskan Stine Kuespert-Emma Moszczynski dari Jerman, 18-21, 21-9, 21-13.

Sementara itu, pasangan beregu campuran profesional, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing turut mara ke pusingan kedua apabila menumbangkan pasangan China, Guo Xin Wa-Zhang Shu Xian, 8-21, 22-20, 24-22.

Kian Meng-Pei Jing, gandingan pilihan kelapan kejohanan, akan menentang Yuki Kaneko-Misaki Matsutomo dari Jepun untuk menentukan tempat ke suku akhir.

Kaneko-Matsutomo sebelum itu telah menafikan pertembungan sesama wakil Malaysia selepas menewaskan Chan Peng Soon-Cheah Yee See, 21-18, 21-17. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan