Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto: Logo MYTV

MYTV dalam proses susun semula frekuensi

ByDamia Amani

KUCHING, 25 Okt: MYTV akan melakukan kerja-kerja penyusunan semula frekuensi kerana terdapat gangguan isyarat di kawasan pesisir Sumatra yang disebabkan oleh DTT Malaysia dari Bukit Tampin dan Gunung Ledang.

MYTV dalam kenyataan hari ini berkata, kerja-kerja penalaan semula frekuensi siaran TV digital akan dilakukan di pemancar Bukit Tampin, Gunung Ledang, Bukit Tinggi dan Kuala Rompin bermula dari jam 1.00 pagi sehingga 5.00 pagi pada 26-29 Oktober 2022.

“Untuk memastikan komunikasi yang lancar untuk pihak penonton MYTV, kami akan melaksanakan notis tentang kerja-kerja penyusunan semula frekuensi di laman web MYTV,” jelas kenyataan itu.

Penonton MYTV digalakkan menghubungi MYTV di 1800-18-1088 atau menerusi menyemak makluman mengenainya di media sosial MYTV. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan