Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi semasa kunjungan hormat bagi memaklum dan menjemput Tun Taib untuk hadir ke Majlis Konvokesyen Ke-26 UNIMAS. Foto: Odleen Catherny (TVS)

Konvokesyen UNIMAS Ke-26 lahirkan 3,972 graduan

ByOdleen Catherny

KUCHING, 26 Okt: Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Ke-26 akan menyaksikan 3,972 graduan menerima skrol ijazah masing-masing yang diadakan mulai 31 Oktober hingga 3 November.

Naib Canselor UNIMAS Prof Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi berkata dari jumlah itu, 3,404 akan menerima ijazah sarjana muda, ijazah sarjana dan doktor falsafah (526) dan diploma lepasan ijazah dalam pendidikan tinggi (42).

Setakat ini UNIMAS merekodkan 51,986 graduan dari 52 negara di seluruh dunia sejak majlis konvokesyen pertama pada 1997.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di sini pada Selasa, bagi menjemput merasmikan istiadat konvokesyen itu.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijadual akan menghadiri majlis pada hari kedua, manakala Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas dijadual menghadiri hari ketiga konvokesyen.

Pada masa sama Mohamad Kadim berkata konvokesyen kali ini turut menyaksikan 38 pelajar program perubatan tamat pengajian dan layak menerima ijazah.

“Mereka ini merupakan anak-anak Sarawak yang mana ini merupakan satu usahasama antara UNIMAS, Yayasan Sarawak dan juga kerajaan negeri menangani isu-isu kekurangan pegawai perubatan,” jelasnya.

Tahun ini adalah kumpulan pertama yang menamatkan pengajian dan telah memulakan pengajian sejak 2017. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan