JAKARTA, 25 Okt: Polis Indonesia menahan seorang wanita bersenjatakan pistol di luar Istana Presiden di sini, hari ini.
Ketua polis jabatan trafik di lokasi, Kompol. Albon H berkata wanita yang cuba memasuki kawasan Istana itu berjaya dihalang polis dan Pasukan Keselamatan Presiden (Paspampres).
Apabila dihampiri, wanita itu mengacukan pistol ke arah anggota Paspampres berkenaan dan pegawai itu segera merampas pistol serta-merta.
“Saat kejadian dia berada tepat di pintu masuk istana dan menghampiri anggota paspampres yang berkawal terus mengacukan pistol,” katanya.
Selepas ditahan, wanita yang tidak diketahui identitinya itu terus dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.
Kawalan keselamatan di sekitar kawasan Istana Presiden telah dipertingkatkan lagi ekoran kejadian itu. – TVS