Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Fadillah Yusof dan Datuk Ibrahim Baki menyampaikan bantuan kepada mangsa-mangsa kebakaran di Kampung Masjid, Kuching pada Isnin malam.

Fadillah dan Ibrahim segera hulur bantuan kepada mangsa kebakaran

KUCHING, 25 Okt : Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Begitulah nasib Shamsuddin Bueng, 53, dan anak perempuannya Futri Sofia berusia enam tahun yang tinggal sehelai sepinggang selepas rumah sewa didiami mereka musnah dalam kebakaran pada Ahad lalu.

Menceritakan kejadian yang berlaku di Kampung Masjid itu, Shamsuddin berkata ia disedari ketika dia dan anaknya dalam perjalanan pulang dari tempatnya berniaga di Jalan Padang Pasir.

Namun usahanya untuk menyelamatkan barang berharga serta dokumen penting tidak berjaya kerana api terlalu besar dan marak dengan cepat.

“Ketika itu api sedang marak, takut apabila melipat api semakin besar. Barang-barang tidak dapat diselamatkan kerana kejadian berlaku dengan cepat.

“Cuma sekarang kami anak beranak ini menetap sementara di sebuah pondok dekat kawasan Padang Pasir,” katanya ketika ditemui selepas menerima bantuan kilat di Kampung Masjid di sini pada Isnin malam.

Bantuan kilat disampaikan Menteri Kanan Kerja Raya Dato Sri Fadillah Yusof dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok Datuk Ibrahim Baki.

Shamsuddin berkata lagi, apa yang lebih penting, dia dan anaknya bersyukur kerana selamat dalam kebakaran pada pagi Ahad itu.

Dia menyatakan terima kasih kepada Fadillah dan Ibrahim yang segera menghulurkan bantuan.

“Sekurang-kurangnya dapat meringankan sedikit beban dengan keadaan macam ini agar mereka yang terjejas dan ditimpa kemalangan dapat menerima bantuan segera,” katanya.

Selain Shamsuddin, mangsa yang lain menerima sumbangan berupa wang, pakaian dan makanan ialah Zarkiah Mataim, Hajijah Abang Mataim, Aliman Abang Mataim, Abdul Rahman Abang Mataim, Taib Mataim dan Yusof Drap.

Dalam kejadian itu, sebuah rumah dua tingkat musnah dalam kebakaran sekitar jam 9 pagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan