KUCHING, 24 Okt : Satu kes kematian akibat jangkitan COVID-19 dicatatkan di Sarawak bagi tempoh seminggu lepas.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, sebanyak 443 kes baharu turut direkodkan bagi tempoh berkenaan.
“Daripada jumlah itu, sebanyak 430 kes dalam kategori satu dan dua manakala selebihnya kategori tiga, empat dan lima.
“Ini menjadikan kes keseluruhan di Sarawak meningkat kepada 316 987 kes semenjak dilanda pandemik COVID-19,” jelas JPBN menerusi kenyataan media hari ini.
Baca artikel di sini >>>>> COVID-19: Tiada kematian di Sarawak
Sementara itu Kuching masih menjadi daerah yang mencatatkan kes baharu tertinggi iaitu sebanyak 152 kes diikuti Sibu sebanyak 76 kes.
Bukit Mabong, Tebedu dan Sebauh pula masing-masing tidak mencatatkan sebarang kes baharu. -TVS