Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Hasbi Habibollah hadir pada Program Jom Masuk Kampung dan Pelancaran Sahabat Komuniti Desa (Skod) Negeri Sarawak di Kampung Pabahanan semalam. Foto: TVS

Calon PRU-15 : Tunggu pengumuman Abang Johari, kata Hasbi

LIMBANG, 24 Okt : Datuk Hasbi Habibollah berkata, beliau menyerahkan kepada kepimpinan tertinggi Gabungan Parti Sarawak (GPS) berhubung kedudukannya sebagai calon gabungan itu di kerusi Parlimen Limbang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini.

Timbalan Menteri II Pembangunan Luar Bandar itu berkata, pengumuman calon akhir untuk kesemua 31 kerusi parlimen di Sarawak akan dibuat oleh Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg tidak lama lagi.

“Saya sendiri masih menunggu pengumuman daripada Pengerusi GPS dan sudah pasti harapan kita, mahu menang besar,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada TVS selepas hadir Program Jom Masuk Kampung dan Pelancaran Sahabat Komuniti Desa (Skod) Negeri Sarawak di Kampung Pabahanan, di sini semalam.

Hasbi menyandang kerusi Parlimen Limbang selama tiga penggal berturut-turut bermula 2008.

Pada PRU-14, beliau mempertahankan kerusi itu dalam pertembungan dua penjuru dengan majoriti 7,710 undi, menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Ricardo Yampil Baba yang hanya meraih 4,879 undi.

Sementara itu, Hasbi berkata, misi GPS untuk menang besar pada PRU-15 ini ialah bagi menguatkan suara Sarawak di Parlimen dan seterusnya membawa lebih banyak agenda perubahan di sini.

Mengenai Undi 18 pula, beliau berkata, Kerajaan Sarawak sentiasa cakna kepada keperluan golongan itu.

“Sarawak akan terus memastikan golongan muda sentiasa mendapat maklumat tepat dan tidak terpesong daripada fakta sebenar yang banyak ditularkan menerusi media sosial,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan