Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Roland Sagah Wee Inn menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2021 kepada Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral IPG Kampus Tun Abdul Razak. Dr. Azhar Abdul Wahab, di Kota Samarahan, hari ini. Foto: Hafeezz

Kerajaan Sarawak salurkan lebih RM1 bilion untuk lonjak pendidikan

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 24 Okt : Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak komited untuk melonjakkan pembangunan bakatnya ke peringkat global malah telah menyalurkan peruntukan lebih RM1 bilion bagi tujuan itu.

Menterinya, Datuk Roland Sagah Wee Inn berkata, hasrat itu juga dapat direalisasikan melalui perkongsian pintar membabitkan kementeriannya dengan Yayasan Sarawak.

Menerusinya beliau berkata, pelbagai kerjasama dan sokongan kewangan telah disalurkan kepada sektor pendidikan bagi melaksanakan pelbagai aktivti.

“Sokongan kewangan yang kita berikan merangkumi bantuan sumber pembelajaran, skim biasiswa tempatan, skim galakan untuk pelajar, skim bantuan pengangkutan, pelbagai anugerah, bantuan pakaian sekolah, pembangunan sukan, bantuan tuisyen, sekolah HIPERS, bantuan pembangunan sekolah bernilai RM1 bilion serta inisiatif untuk meningkatkan capaian internet,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2021 Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tun Abdul Razak di Kota Samarahan, di sini hari ini.

Pada majlis itu, Roland Sagah turut menyampaikan anugerah kepada 20 penerima dalam enam ketegori yang berbeza dengan anugerah tertinggi iaitu Anugerah Khas Pengarah diberikan kepada pensyarah akademik, Muhaimi Suhaili.

Sementara itu beliau berkata, bantuan itu merupakan usaha Kerajaan Sarawak meningkatkan kebolehan murid dalam aspek pembelajaran dan kokurikulum yang selari dengan dengan matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) dan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.

“Oleh itu saya berharap agar warga pendidik dapat mengadaptasi dan merebut peluang termasuk mengaplikasikan pelbagai pendekatan terkini berasaskan teknologi agar berupaya menjana modal insan pada era Revolusi Perindustrian Keempat (IR4.0) ini,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan