Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mohd Fazrul Izwan Dahlan layak ke separuh akhir Konsert Getaran Jiwa pada minggu pertama. Foto: TVS

Pembantu dapur terkejut mara ke separuh akhir Getaran Jiwa

ByYazid Ibrahim

KUCHING, 24 Okt : Kemaraan ke separuh akhir pertandingan realiti Getaran Jiwa terbitan TVS membawa kenangan manis kepada Mohd. Fazrul Izwan Dahlan.

Pemuda berusia 29 tahun yang berasal dari Kampung Semariang Baru Fasa Tiga, Petrajaya ini berkata, dia menerima saingan yang cukup sengit pada konsert minggu pertama Jumaat lepas.

“Saya tidak sangka layak ke separuh akhir kerana tujuh peserta lain pada malam itu juga menunjukkan persembahan yang mantap,”katanya kepada TVS hari ini.

Pada konsert berkenaan yang berlangsung di Auditorium Majlis Perbandaran Kuching Selatan (MPKS) itu, Mohd. Fazrul Izwan menyampaikan lagu Jangan Tinggal Daku yang digubah semula dengan genre R&B.

Persembahannya berjaya menawan hati dua juri tetap iaitu Dato Nash dan Norafizah Busman dan juri undangan, Fauziah Latiff.

Ditanya tentang ‘strateginya’ untuk saingan separuh akhir nanti, pemegang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kaunseling) ini berkata, dia akan terus memperbaiki persembahannya.

“Saya mahu melangkah lebih jauh dalam pertandingan ini yang menetapkan peserta membawa lagu dendangan Seniman Agung, Tan Sri P. Ramlee dan biduanita negara, Puan Sri Saloma,”katanya.

Berkongsi tentang minat menyanyi, Mohd. Fazrul Izwan berkata, sebelum ini dia pernah menyertai beberapa uji bakat pertandingan nyanyian namun tiada rezeki untuk terpilih sebagai peserta.

“Oleh itu apabila lulus uji bakat Getaran Jiwa, saya bertekad untuk melakukan yang terbaik dan berbangga kerana menjadi peserta program yang diterbitkan oleh stesen televisyen di negeri kelahiran saya sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, pemuda ini turut berkongsi ‘kerjaya’ tetapnya selepas menamatkan pengajian.

“Saya pernah bekerja sebagai jurujual pada sebelah siang.

“Pada waktu petang hingga malam pula, saya sambung kerja sebagai pembantu dapur untuk mencari pendapatan tambahan dan persiapan untuk berkahwin,”katanya.

Bagaimanapun ujar Mohd. Fazrul Izwan, kerjaya sebagai jurujual tidak bertahan lama akibat pandemik COVID-19.

Ditanya tentang program Getaran Jiwa, peserta ini berpendapat, ianya merupakan platform terbaik untuk menonjolkan bakat Sarawak dalam bidang nyanyian selain membuka mata pihak luar.

“Program seperti ini juga perlu diteruskan untuk membolehkan anak Sarawak yang berbakat berkembang maju,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan