Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mantan Ahli Parlimen Petra Jaya Dato' Sri Fadillah Yusof menyampai cenderahati kepada anak-anak Kampung Masjid Segoleng yang membuat persembahan di Majlis Sambutan Maulidur Rasul. Foto: Awang Azmil (TVS)

Jangan ada anak Petrajaya tolak tawaran universiti kerana masalah kewangan – Fadillah

BySalasiah Safian

KUCHING, 23 Okt : Penyandang kerusi Parlimen Petrajaya, Dato Sri Fadillah Yusof berkata, sektor pendidikan merupakan antara perkara yang diberi perhatian oleh beliau di kawasan berkenaan.

Beliau yang juga Menteri Kanan Kerja Raya berkata, sehubungan itu peruntukan untuk memastikan pelajar di situ berpeluang melanjutkan pengajian mereka disediakan.

“Kita pastikan pelajar yang dapat tawaran ke universiti akan memulakan pengajian mereka, kita tidak mahu wang menjadi alasan mereka tolak peluang belajar,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir Majlis Sambutan Maulidur Rasul anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Masjid Segoleng, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Fadillah berkata, peruntukan itu disalurkan kepada pelajar di kawasan ini yang melanjutkan pengajian di Semenanjung Malaysia, Wilayah Persekutuan Labuan serta universiti atau kolej di Sarawak.

Baca artikel di sini >>>>> Perpaduan asas pembangunan masyarakat – Fadillah

Sementara itu, Fadillah memberitahu, pihaknya juga giat membantu pihak sekolah di kawasan sekitar untuk melaksanakan program berkaitan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

“Ini kerana sangat mustahak untuk pelajar kita menguasai STEM berdasarkan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 oleh Kerajaan Sarawak, kita menumpukan kepada pelbagai bidang baharu,”katanya.

Jelas Fadillah, bakat berkenaan sangat diperlukan dalam sektor tenaga hidrogren yang diusahakan Kerajaan Sarawak serta pelbagai sektor tenaga boleh diperbaharui yang lain. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan