Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Projek Pusat Perubatan Prima dan Hospital Pengajar UNIMAS yang sedang dalam pembinaan yang dijadualkan siap sepenuhnya pada tahun 2025. Foto: UNIMAS

Hospital pengajar UNIMAS siap 2025

KUCHING, 22 Okt : Hospital pengajar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang sedang dalam pembinaan dijangka akan siap pada 2025.

Penolong Naib Canselor (Kepimpinan dan Pembangunan) Prof Datu Mohd. Fadzil Abd Rahman berkata, projek berkenaan yang menelan kos RM480 juta melibatkan dua pembinaan termasuk Pusat Kesihatan Prima yang kini sudah mencapai 70 peratus kemajuan.

“Satu lagi ialah pembinaan Hospital Pengajar yang bermula pada tahun lepas dan kini sudah siap 10 peratus siap,”katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Program KRIS UNIMAS di Kampung Sagah di Kuching di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Kanan Kerja Raya, Dato Sri Fadillah Yusof.

Sementara itu, Mohd. Fadzil berkata, setelah projek berkenaan siap kelak, ianya bakal memberi manfaat kepada penduduk sekitar untuk mendapat rawatan perubatan.

”InsyaAllah kita akan lihat di tepi universiti, ada hospital yang akan memberi khidmat kepada masyarakat sebagai pilihan selain Hospital Umum Sarawak di Kuching.

“Penjagaan kesihatan kita akan bertambah baik,” katanya.- TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan