Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mereka yang sedang menjalani hukuman di penjara tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan untuk tujuan berkempen sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Foto: Envato

Penghuni penjara tidak boleh keluar kenyataan berkaitan kempen PRU-15

ByBernama

MELAKA, 20 Okt: Mereka yang sedang menjalani hukuman di penjara tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan untuk tujuan berkempen sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), kata Pengarah Kanan Bahagian Dasar Kepenjaraan Jabatan Penjara Supri Hashim.

Beliau berkata larangan itu turut termasuk bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Baca artikel di sini:

  1. 1. 19 Nov hari mengundi – SPR
  2. 2. Dua minggu tempoh kempen PRU-15
  3. 3. Lebih 21 juta pengundi akan pilih kerajaan baharu Malaysia
  4. 4. Lebih 1.9 juta pemilih di Sarawak layak mengundi

“Setakat ini apa-apa kenyataan yang mahu dikeluarkan oleh banduan dalam penjara… sememangnya tidak dibenarkan,” katanya ketika ditemui media selepas majlis perasmian Pameran Menjangkau Abad Dinding Penjara yang disempurnakan Exco Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan negeri Datuk Kalsom Nordin, di sini hari ini.

“Jabatan Penjara tiada kena mengena dengan politik dan kami hanya laksanakan tanggungjawab waima apa pun kerajaan yang memerintah,” kata Supri, serta menambah bahawa sebarang surat yang mahu dihantar kepada keluarga, dokumen atau apa jua urusan, akan ditapis terlebih dahulu oleh pihak Jabatan Penjara. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan