PUTRAJAYA, 20 Okt : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menganggarkan kos sebanyak RM1.01 bilion akan dibelanjakan bagi melaksanakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah.
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, seramai 363 515 petugas akan dilantik untuk mengendalikan kedua – dua pilihan raya berkenaan.
“Sebanyak 9,536 buah pusat mengundi dan 39, 318 saluran mengundi akan dibuka,”katanya pada sidang media di sini hari ini. -TVS