Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi. Foto: FB Alexander Nanta Linggi.

Tempoh 14 hari mencukupi untuk kempen di Sarawak

KUCHING, 20 Okt: Tempoh berkempen 14 hari untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) adalah memadai, kata Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS) Dato Sri Alaxander Nanta Linggi.

Jelasnya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah pasti mengambil kira situasi luar bandar di Sarawak dan Sabah yang berhadapan dengan cabaran geografi dan pengangkutan semasa berkempen.

“Tempoh 14 hari itu adalah tempoh masa yang sangat sesuai, tidak terlalu singkat dan tidak terlalu panjang.

“Ia akan memberi peluang kepada para pengundi lebih-lebih lagi pengundi di luar kawasan untuk balik menunaikan tanggungjawab mereka untuk mengundi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

GPS menurutnya mengalu-alukan dengan pengumuman tarikh-tarikh penting PRU-15 yang diumumkan SPR. Tarikh mengundi pada 19 November, undi pada 15 November manakala penamaan calon pada 5 November.

Nanta yang juga bekas Ahli Parlimen Kapit, berkata lagi GPS sentiasa bersiap sedia berhadapan PRU-15, apatah lagi Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 baharu diadakan pada Disember 2021.

“Maknanya, sepanjang masa selepas pilihan raya negeri yang lalu wakil-wakil rakyat GPS sentiasa berada di lapangan. ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) membantu Ahli Parlimen dan sebaliknya,” jelasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan