Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

CUEPACS sambut baik cadangan penubuhan Lembaga Air Sarawak

ByDayu Adruce

KUCHING, 20 Okt : Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menyambut baik perancangan Kerajaan Sarawak untuk menggabungkan empat pihak berkuasa bekalan air utama di negeri ini sebagai sebuah entiti yang akan dikenali sebagai Lembaga Air Sarawak.

Presidennya, Dato Adnan Mat berkata, cadangan kerajaan pimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg itu merupakan langkah terbaik untuk meningkatkan perkhidmatan dan menjaga kebajikan warga kerja.

Baca artikel di sini:

  1. 1 Penubuhan Lembaga Air Sarawak masih di peringkat kajian
  2. 2. Sarawak laksana projek bekalan air jangka panjang 2030-2070

“Sebelum ini terdapat ura-ura empat agensi yang menguruskan air di Sarawak iaitu Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB), Lembaga Air Kuching (KWB), Lembaga Air Sibu (SWB) dan Laku Management Sdn Bhd (LAKU) akan diswastakan.

“Perkara ini menimbulkan kebimbangan di kalangan warga kerja mengenai nasib mereka sekiranya penswastaan itu berlaku terutama dalam aspek kebajikan dan jaminan pekerjaan pada masa akan datang,”katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Sementara itu Adnan berkata, langkah Kerajaan Sarawak itu diyakini mampu menjadikan lembaga air di negeri berkenaan lebih berdaya saing dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat.

“Pada masa sama, kebajikan kakitangan sudah tentu menjadi keutamaan,” katanya.

Kesatuan berkenaan pada masa sama turut berterima kasih kepada kerajaan negeri yang sentiasa bersedia menerima pandangannya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan