Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Wakil pihak industri, Jeffery Phang (dua kiri) menyerahkan Sijil Kolaborasi Strategik Kolej Komuniti Miri kepada Dato Sri Lee Kim Shin di Miri pada Rabu. Foto: TVS

Kerjasama dengan industri tingkat kemahiran pelajar

MIRI, 19 Okt: Kolej Komuniti Miri memerlukan kerjasama pihak industri dan korporat dari segi kepakaran dan pengalaman dalam melatih dan berkongsi pengalaman kepada para pelajar dengan matlamat melahirkan tenaga mahir menepati kehendak industri.

Pengerusinya, Dato Sri Lee Kim Shin berkata kerjasama demikian merupakan pemangkin untuk mencapai agenda negara iaitu memastikan golongan belia mendapat peluang pendidikan dan pekerjaan.

Menurutnya, para pelajar yang tidak meneruskan pelajaran dalam bidang akademik boleh menyertai kursus kemahiran ditawarkan Kolej Komuniti Miri dan mengaplikasikan kemahiran dalam karier.

“Bukan semua pelajar pandai dari segi akademik tetapi ini tidak bermakna mereka tidak mempunyai masa depan cerah. Mereka ada peluang masa depan yang cerah jika mereka mengikuti kursus-kursus kemahiran pelbagai bidang.

“Tenaga kerja mahir sangat diperlukan oleh industri dan negara kita,” katanya pada Majlis Menandatangani Sijil Kolaborasi Strategik Kolej Komuniti Miri di sini, hari ini.

Lee yang juga Menteri Pengangkutan Sarawak berkata lagi, antara langkah meningkatkan kadar kebolehpasaran graduan Kolej Komuniti Miri adalah dengan menjalankan latihan amali.

Latihan amali akan memberi pendedahan dan pengalaman sebenar industri, malah majikan dapat mengambil mereka sebagai pekerja jika dirasakan sesuai.

“Pihak industri boleh terus mengambil mereka selepas menjalani latihan industri kerana sekarang kita menghadapi kekurangan pekerja-pekerja mahir,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan