Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Douglas Uggah bersama Pengarah JKR Sarawak Richard Tajan dan timbalannya, Cassidy Morris pada majlis perasmian Seminar Pegawai Kanan JKR di Miri pada Isnin. Foto Pejabat Timbalan Premier.

Lebih 30 projek sakit berada dalam keadaan kritikal

KUCHING, 19 Okt: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak digesa untuk meningkatkan usaha menyelesaikan lebih 30 projek sakit dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata terdapat 30 hingga 40 daripada 60 projek sakit dikenal pasti sebagai kritikal.

Menurutnya lagi, kontraktor penyelamat boleh menguruskan sekurang-kurangnya 20 daripada keseluruhan projek sakit, manakala yang lain boleh diselamatkan melalui syarat perubahan harga (VOP).

“Antara isu yang menyebabkan projek sakit terjadi adalah pemilihan kontraktor. Kita mesti mendapatkan kontraktor yang betul atau berwibawa,” katanya berucap pada Persidangan Pegawai Kanan JKR di Miri pada Isnin.

Dalam pada itu, Uggah turut mengingatkan bahawa pembangunan infrastruktur memainkan peranan penting dalam pelaksanaan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 Sarawak 2030.

Menurutnya, pembangunan infrastruktur juga masih menjadi isu yang perlu ditangani bagi memastikan sarawak mencapai status maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2030.

Antara yang masih diperlukan ialah jalan raya sepanjang lebih 7,000 kilometer untuk menghubungkan setiap kampung atau penempatan dari Lundu ke Limbang. TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan