Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tan Sri Abdul Wahid Omar. Foto: Hafeezzur Muzamir (TVS)

Kerajaan stabil mampu kembalikan keyakinan pelabur

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 19 Okt : Pengerusi Bursa Malaysia, Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata kerajaan yang stabil amat mustahak dalam menyuntik keyakinan para pelabur asing untuk menanam modal di Malaysia.

Beliau berharap, kerajaan yang stabil dapat dibentuk menerusi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) agar aktiviti ekonomi kembali rancak dan seterusnya menjurus kepada kemakmuran negara.

“Pelabur-pelabur sudah tentunya melihat kestabilan sesebuah negara yang mana sebelum ini Malaysia memang terkenal dengan politik yang stabil, namun sejak PRU-14 telah berlaku banyak peralihan kerajaan yang secara tidak langsung menjejaskan keyakinan mereka (pelabur).

“Ramai pelabur berharap agar selesai PRU-15 nanti, kita akan dapat sebuah kerajaan yang kuat dan stabil. Melalui kerajaan yang kukuh, ia akan memberi keyakinan kepada pelabur bukan sahaja kepada pelabur asing tetapi pelabur domestik juga,“ katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui TVS selepas menghadiri Siri Bicara Pintar anjuran Kementerian Wanita, Pembangunan Awal Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) dan Yayasan Kepimpinan Wanita di sini pada Selasa.

Kerajaan stabil mampu kembalikan keyakinan pelabur

Antara yang turut hadir pada program itu ialah Pengerusi Sarawak Media Group (SMG) Dato Norhyati Ismail.

Program itu ialah sebahagian daripada program Dewan Yayasan Kepimpinan Wanita yang menumpukan aspek kemahiran, kepintaran, inovatif, integriti dan kepimpinan ilmu yang direka khusus untuk melahirkan pemimpin perniagaan dalam kalangan wanita yang mempunyai kualiti dan nilai yang tinggi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan