Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua remaja lelaki terkorban dalam kemalangan jalan raya membabitkan empat buah motosikal di Kilometer (KM) 111.3 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan dekat sini hari ini. Foto TVS.

Dua remaja maut kemalangan di Lebuh raya PLUS

SUNGAI PETANI, 17 Okt : Dua remaja lelaki terkorban dalam kemalangan jalan raya membabitkan empat buah motosikal di Kilometer (KM) 111.3 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan dekat sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi tadi mangsa yang berusia 16 dan 19 tahun dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian dipercayai akibat kecederaan parah.

Dua lagi rakan mangsa berusia 18 dan 19 tahun yang menunggang motosikal berasingan pula mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, (ACP) Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, siasatan mendapati mereka dalam perjalanan dari Sungai Petani ke Butterworth, Pulau Pinang.

Kata beliau, empat buah motosikal ditunggangi pemuda berkenaan dikatakan bergesel sesama sendiri sebelum hilang kawalan dan terbabas.

“Kesemua mereka dipercayai menunggang motosikal dengan laju dalam jarak dekat hingga menyebabkan bergesel dan hilang kawalan.

“Selain itu, semakan juga mendapati mangsa bawah umur tidak mempunyai lesen memandu,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Abdul Halim di sini bagi urusan bedah siasat, manakaa dua lagi mangsa dirawat di hospital sama.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan