Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Bung Moktar Radin menafikan beliau menghadap Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin untuk memohon pembubaran DUN Sabah. Foto Facebook Bung Moktar.

Bung Moktar nafi menghadap TYT Sabah mohon bubar DUN

KOTA KINABALU, 17 Okt : Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menafikan beliau menghadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin untuk memohon pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Ahli Parlimen Kinabatangan itu berkata, beliau tidak pasti bagaimana berita itu tersebar.

“Saya tetap tenang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur,”katanya menerusi hantaran di Facebook.

Difahamkan, berita itu tular menerusi aplikasi WhatsApp petang semalam yang menyatakan Bung Moktar bersama Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menghadap Tun Juhar.

Kedudukan Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kini ‘bergoyang’ selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandau, Datuk Wetrom Bahanda mengumumkan keluar parti itu semalam.

Wetrom dikaitkan dengan spekulasi akan menyertai Parti Warisan Sabah (WARISAN) selepas dilihat menghadiri program parti itu di Kudat.

Sementara itu, Setiausaha Akhbar Bung Moktar, Jaafar Abd Wahid berkata, penularan laporan itu merupakan ‘berita lama’ yang diterbitkan oleh sebuah portal pada 2020 berhubung Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan