KUCHING,16 Okt: Keadaan banjir di kawasan Bekenu dekat Miri di bahagian utara Sarawak sejak seminggu lepas semakin pulih, dengan pusat pemindahan sementara (PPS) yang terakhir di Dewan Masyarakat Bekenu ditutup jam 10.48 pagi tadi.
Makluman terbaru dari Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini menyatakan, 10 mangsa banjir terakhir yang berlindung di PPS itu sejak 10 Okt lepas, telah dibenarkan kembali ke kediaman masing-masing berikutan keadaan paras air yang semakin surut.
Baca artikel di sini:
- 1. Jumlah mangsa banjir di Sarawak kekal
- 2. Penduduk Limbang dan Lawas diminta bersedia risiko banjir
- 3. Mangsa banjir di Sarawak menurun
- 4. Mangsa banjir pindah ke PPS di Sarawak meningkat 38 orang
Kumpulan mangsa banjir ini merupakan antara 18 penduduk dari Kampung Jenggalas dan Kampung Dagang di Bekenu, yang diarahkan berpindah pada tarikh berkenaan setelah kediaman mereka dinaiki air.
Sebelum ini, episod terbaharu banjir di Sarawak itu turut menjejaskan empat mangsa daripada dua keluarga di Kampung Dagang Sepupok di Niah dekat Miri dan 16 penduduk Rumah Panjang John Ramba di Kapit di kawasan tengah Sarawak. -TVS