Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata keputusan akan diumumkan kepada Mohd Fadli melalui ketua jabatan guru Matematik itu sendiri. Facebook Radzi Jidin

Radzi sedia jumpa Cikgu Mohd Fadli

ByBernama

KUALA LUMPUR, 16 Okt: Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin bersedia untuk berjumpa guru yang mendakwa telah menerima surat tatatertib berikutan tindakannya menyuarakan masalah silibus pembelajaran, isu beg berat dan bilangan murid yang ramai di dalam kelas.

Menerusi catatan di Facebook, Radzi berkata pertemuan berkenaan adalah bagi membolehkan beliau mengetahui perkara yang dibangkitkan guru berkenaan Mohd Fadli Mohamed Salleh, dengan lebih lanjut.

“Saya tertarik untuk tahu lebih lanjut perkara yang dibangkitkan cikgu Mohd Fadli Salleh. Kalau cikgu ada kelapangan masa, boleh kita berjumpa,” katanya.

Mohd Fadli, guru Matematik di sebuah sekolah rendah di Gombak menerusi Facebooknya mendakwa akan dikenakan tindakan dibuang kerja atau diturunkan pangkat kerana menyuarakan pandangan mengenai silibus pembelajaran yang menurutnya terlalu tinggi dan tidak sesuai.

Beliau turut menyatakan bilangan murid di dalam kelas terlalu ramai selain subjek pembelajaran yang banyak serta isu beg berat yang katanya boleh memudaratkan kesihatan murid.

Bagaimanapun, menerusi hantaran terbaharunya, Mohd Fadli berkata beliau akan berjumpa dengan Radzi pada suatu masa nanti. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan