Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Profesor Dr Al-Khalid Othman pada ceramah kerjaya anjuran SMA di Bario, baru-baru ini.

Sarawak perlu 60 peratus tenaga kerja mahir

ByIqmal Firdaus

KUCHING, 15 Okt: Antara keperluan untuk Sarawak mencapai status negeri berpendapatan tinggi, ia memerlukan sekurang-kurangnya 60 peratus tenaga kerja mahir.

Demikian menurut Timbalan Ketua Saintis, Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) Profesor Dr Al-Khalid Othman yang turut berkata pada masa ini sektor pekerjaan masih bergantung dengan tenaga kerja kurang mahir.

“Selain itu, terdapat peratusan tinggi tenaga kerja yang kurang cemerlang dalam pendidikan,” katanya sambil menyarankan agar pihak terbabit memainkan peranan meningkatkan keupayaan dan kebolehan dalam kalangan pekerja.

“Kerajaan negeri Sarawak juga menyediakan sistem sokongan Pembelajaran Sepanjang Hayat atau platform untuk pembangunan bakat bagi memenuhi minat individu dalam kemahiran dan pengetahuan digital,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ceramah kerjaya bertajuk ‘Menyediakan Tenaga Kerja Mahir untuk Transformasi Ekonomi Digital’ membabitkan 112 pelajar SMK Bario anjuran SMA di Bario, baru-baru ini.

Antara topik dibincangkan, isu dan cabaran dalam melanjutkan pengajian, pengenalan kepada sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) dan keperluan kemahiran industri pada masa hadapan.

Keperluan dan agenda Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 Sarawak (PCDS) 2030 melalui enam sektor dibentangkan sebagai gambaran keseluruhan tentang apa yang dirancang dan dilaksanakan untuk Sarawak mencapai visi sebagai negeri maju.

Ceramah kerjaya berkenaan dianjurkan menerusi program jangkauan luar SMA yang dirasmikan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) Datuk Gerawat Gala.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan