MIRI, 14 Okt : Tiga lelaki tempatan ditahan kerana disyaki terlibat dengan kegiatan pengedaran dadah di sekitar bandar raya ini.
Kesemua suspek yang masing-masing berusia 34, 47 dan 51 tahun itu ditahan bersama dadah jenis Methamphetamine seberat 62.17 gram yang dianggarkan bernilai RM6,200.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner (ACP) Alexson Naga Chabu berkata, mereka ditahan menerusi serbuan yang dijalankan oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di sebuah pondok sekitar pukul 11. 50 pagi semalam.
“Polis turut menyita sebuah kereta jenis Perodua Myvi berwarna hitam yang dianggarkan bernilai RM40,000 dan wang tunai berjumlah RM6,537.
“Kes disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,”katanya. -TVS