Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis sedang mengesan suspek yang dipercayai terlibat dalam kemalangan jalan raya yang mengakibatkan kematian seorang penunggang motosikal wanita di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, Sibu, awal pagi tadi. Foto: IPD Sibu

Penunggang wanita maut dalam kemalangan langgar lari di Sibu

SIBU, 14 Okt : Seorang penunggang motosikal wanita maut selepas menjadi mangsa kemalangan langgar lari di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata, kejadian berlaku berhampiran persimpangan lampu isyarat pada pukul 5.18 pagi.

Kata Zulkipli, pihaknya sedang mengesan suspek yang dipercayai terlibat dalam kes berkenaan.

“Mangsa merupakan seorang wanita tempatan berusia 38 tahun yang dipercayai dilanggar lari ketika sedang menunggang motosikalnya ke arah lampu isyarat Jalan Salim,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas dari Hospital Sibu.

Sehubungan itu, Zulkipli memohon individu terlibat dalam kes ini supaya tampil membuat laporan bagi melengkapkan siasatan polis.

Katanya, orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu juga diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Din Jumit di talian 013-8297707.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan