Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Video ‘A Journey Awaits’ yang dihasilkan oleh Faithworks Studios, memenangi Anugerah Emas Video Pelancongan.

STB rangkul dua Anugerah Emas PATA 2022

KUCHING: Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) memenangi dua Anugerah Emas, Persatuan Pelancongan Asia Pasifik (PATA) 2022 bagi kategori Video Pelancongan dan Kebudayaan.

Tourism Malaysia berkata STB memenangi video pelancongan bertajuk ‘A Journey Awaits’ dan pengalaman maya Festival Muzik Dunia Hutan Hujan 2021.

Menerusi menerusi kenyataan media pada Khamis, Tourism Malaysia berkata ‘A Journey Awaits’ yang dihasilkan oleh Faithworks Studios, memenangi Anugerah Emas Video Pelancongan.

Ia mengajak pelancong untuk datang ke Sarawak dengan visualnya mengisahkan tentang kecantikan alam semula jadi, warisan, kebudayaan dan keindahan yang memukau.

Pengalaman maya Festival Muzik Hutan Hujan (RWMF) 2021 anjuran STB pula memenangi Anugerah Emas Kebudayaan.

Ia menampilkan satu kelainan kreatif, membolehkan pencinta muzik menikmati festival itu dalam keadaan selesa di rumah mereka pada waktu pandemik COVID-19.

Festival itu menampilkan kebudayaan dan muzik tradisional Sarawak secara maya tanpa perlu membuat pembayaran untuk masuk supaya semua dapat dinikmatinya.

Selain dua anugerah itu, Tourism Malaysia memenangi Anugerah Emas Fotografi Pengembaraan menerusi gambar memaparkan seorang lelaki bermain wau di Terengganu.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan