Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Antara rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia di Kemboja.

Dua warga Sarawak antara 20 rakyat Malaysia terkandas di Kemboja

BySyah Hairizal Kamalul Arifin

KUCHING, 14 Okt: Tertarik dengan tawaran gaji lumayan dalam bidang logistik di luar negara, tidak sangka apabila setibanya di Lapangan Terbang Kemboja, dihantar terus ke satu kawasan yang dikelilingi oleh kakitangan-kakitangan jagaan, mangsa baru sedar ditipu sindiket menjadi ‘scammer’ dalam talian.

Inilah luahan seorang mangsa yang hanya ingin dikenalkan sebagai Mr Wong, yang masih berada di suatu tempat di Kemboja, menunggu ketibaan pihak berkuasa untuk menyelamatkannya dan membantu menghantarkannya pulang ke rumah di Sibu, Sarawak.

Mr Wong berjaya berhubung dengan TVS, beliau mendedahkan pengalamannya dan berharap melalui pelbagai saluran agar dapat membantu beliau keluar daripada penderitaannya secepat mungkin.

Beliau telah berjaya melarikan diri dari kawasan jagaan sindiket itu dan mendapat bantuan dari pihak kedutaan Malaysia di Kemboja untuk bersembunyi di sebuah hotel, sementara menunggu tindakan lanjut untuk menghantarnya balik ke Malaysia.

Katanya, dia pernah menghubungi polis Kemboja dan turut menghantar mesej kepada Timbalan Perdana Menteri Kemboja melalui media sosial. Pada suatu hari, beliau diselamatkan oleh polis Kemboja dan kemudian ditempatkan di sebuah hotel bersama lebih 10 orang mangsa lain.

Dalam perkongsian beliau, dia telah tiba di Kemboja pada November tahun lalu kerana terperdaya dengan tawaran peluang pekerjaan dengan pendapatan yang lumayan.

Baca artikel berkaitan di sini: EKSKLUSIF : Temu bual TVS dengan rakyat Malaysia jadi hamba abdi di Kemboja

“Kawan kepada kawan yang memperkenalkan (peluang pekerjaan di luar negara), siap dengan dokumen seperti surat jemputan yang mengatakan (syarikat) bidang logistik yang sah dengan cop syarikat sekali, tetapi setibanya di lapangan terbang di sini (Kemboja, kami) terus naik van dan dihantar terus ke kawasan (jagaan sindiket) ini,” katanya kepada TVS.

Mengikut perkongsian beliau, dalam tempoh dua bulan pertama mereka disuruh untuk bekerja dan dibayar gaji, tetapi selepas dua bulan mereka mula dibahagikan tugas, dan dia disuruh untuk mencari mangsa di Facebook dan sasaran utama penipuan ialah negara Barat seperti Amerika Syarikat dan Kanada, kerana kadar pertukaran matawang yang lebih tinggi.

“Mereka panggil saya Scam Canada dan Amerika Syarikat, kemudian China, dan… Malaysia tidak, Malaysia memang tidak ada, kebanyakan mereka adalah Amerika Syarikat dan Kanada, mereka suka USD, mereka suka dolar,” dedahnya lagi.

Jika ingin dilepaskan, beliau perlu membayar wang tebusan sebanyak USD15,000 untuk pulang.

Difahamkan, ibu bapa Mr Wong belum tahu apa yang berlaku kepadanya, selain isteri. Walaupun bimbang, dia hanya boleh berdoa dan menunggu pihak berkuasa dapat bertindak dengan cepat untuk menyelamatkannya.

Pada masa ini, beliau berada di hotel selama lebih daripada sebulan.

Wong bersama 19 mangsa warganegara Malaysia yang lain turut meminta bantuan menerusi rakaman video dan berharap kerajaan Malaysia dapat menghantar mereka pulang secepat mungkin. – TVS

Apa nasib 20 rakyat Malaysia terkandas di Kemboja?

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan