Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri menyantuni warga media tempatan pada Majlis Hi-Tea PDRM Bersama Media di Kuching pada Khamis. Foto: BERNAMA

PRU15: Polis Sarawak cukup anggota hadapi kemungkinan banjir

KUCHING, 14 Okt: Polis Sarawak mempunyai anggota mencukupi dalam menghadapi kemungkinan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) berlangsung semasa banjir akibat musim monsun timur laut.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata bantuan anggota dari luar Sarawak juga tidak diperlukan buat masa ini.

“Apa pun kita sentiasa bersedia untuk menghadapi apa jua keadaan. Kita sudah diberikan tanggungjawab mengendali PRU15 dan musim Monsun jadi kita akan buat yang terbaik… Kita mampu uruskan (tanpa bantuan), kita ada tenaga kerja yang mencukupi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis minum petang bersama media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak pada Khamis.

Sebelum ini, beliau dilaporkan berkata sejumlah 7,063 pegawai dan anggota polis bersiap sedia menghadapi PRU15 di Sarawak dan akan menggunakan pengalaman semasa Pilihan Raya Negeri tahun lepas bagi tujuan gerak kerja serta penugasan anggota.

Pada 10 Okt lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU15.

Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengadakan mesyuarat khas untuk membincang dan menentukan tarikh-tarikh penting PRU15 pada 20 Okt ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan