Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Beliau berkata pelaksanaan hari mengundi pada Sabtu akan memudahkan persiapan semua pihak terutama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Foto: Bernama.

Hari mengundi disyor pada Sabtu, elak operasi sekolah terjejas – Radzi

ByBernama

PUTRAJAYA, 13 Okt : Hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) disyor diadakan pada Sabtu supaya pengoperasian sekolah tidak terjejas, kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin.

Beliau berkata pelaksanaan hari mengundi pada Sabtu akan memudahkan persiapan semua pihak terutama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Secara umumnya kita lihat (hari mengundi) pilihan raya dibuat pada hari minggu, kita harap begitulah pada kali ini supaya tidak jejaskan operasi sekolah.

“(Jika) buat hari Sabtu ia akan memudahkan kerana kalau hari Ahad lain pula kerana ada negeri-negeri yang bersekolah pada Ahad,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Le Tour de Langkawi (LTdL) Peringkat Ketiga Putrajaya-Genting Highlands di sini hari ini.

Radzi berkata demikian bagi mengulas pengoperasian sekolah sekiranya tarikh mengundi PRU15 ditetapkan pada hari persekolahan.

SPR sebelum ini menetapkan hari pengundian bagi PRU14 pada Rabu.

Katanya, pihaknya juga akan berbincang dengan SPR mengenai penggunaan sekolah untuk PRU15 dan berharap suruhanjaya itu mengambil maklum perkara berkenaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan