Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan permohonan undi pos dalam dan luar negara bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah dibuka hari ini. Foto: Bernama.

Permohonan undi pos DUN Bugaya dibuka

ByElani Rosllan

KUCHING, 13 Okt : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan permohonan undi pos dalam dan luar negara bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah dibuka hari ini.

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, pihaknya telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Sabah mengenai kekosongan kerusi itu semalam.

“Tarikh tutup bagi permohonan pula akan diumumkan selepas mesyuarat khas pada 20 Oktober ini,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Bagi permohonan undi pos Kategori 1A yang terdiri daripada petugas pilihan raya, anggota polis, tentera dan petugas media pula hendaklah memohon secara manual dengan memuat turun Borang 1A dari portal rasmi SPR di https://www.spr.gov.my katanya.

Borang yang telah lengkap diisi boleh dihantar ke Pejabat Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya yang berkenaan.

“Bagi warganegara yang berada di luar negara dan kategori 1C  pula, permohonan hendaklah dikemukakan secara dalam talian (online) melalui portal berikut: https://myspr.spr.gov.my/login,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan